Advanced System Care | Menyelamatkan Komputer Anda

Pelbagai cara atau kaedah yang boleh anda gunakan untuk melindungi dan menyelamatkan komputer anda daripada sebarang ancaman berbahaya seperti kod malicious. Ia boleh menyerang komputer anda dari pelbagai sumber. Contohnya, daripada rangkaian Internet (secara meluas) dan juga daripada pemacu USB.

Pernahkah komputer / laptop anda dijangkiti virus? Saya sudah lama berkecimpung dalam dunia perkomputeran ini. Pelbagai jenis virus yang telah saya jumpa. Pada waktu sekolah, virus yang diselitkan sekali dalam lagu-lagu di dalam komputer di sekolah telah menyerang komputer saya. Dan pada bulan ini, laptop saya pula telah dijangkiti dengan virus 'shortcut' yang telah disebarkan melalui pemacu USB, yang telah disebarkan secara meluas di seluruh kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. Pelbagai cara yang telah saya dan rakan-rakan saya lakukan, namun jalan penyelesaian kami pada peringkat awal ialah dengan reformat komputer. Ini amat menyusahkan semua pihak. Namun, seminggu selepas itu, ada beberapa orang rakan saya telah menjumpai sebuah perisian yang bertindak balas dengan virus tersebut dengan memadamkan keseluruhan virus tersebut daripada komputer. Perisian tersebut ialah 'Advanced System Care'. Perisian ini pada asasnya saya gunakan untuk membuang fail-fail yang tidak penting / berkaitan yang menyebabkan komputer menjadi slow. Namun, selepas saya menggunakannya, terdapat beberapa kemaskini yang membolehkan ia mendetect virus. Sila klik Advaced System Care untuk memuat turun aplikasi tersebut. Selamat mencuba.

0

Norton Internet Security 2013

Norton Internet Security 2013 | Menjangkau Keupayaan Antivirus Lain

Kebanyakkan daripada rakan saya bertanya, "Kenapa guna Norton?". Disebabkan kejanggalan ini lah, saya dengan beraninya mencuba perisian keselamatan buatan syarikat Symantec, iaitu Norton Internet Security 2013. Kebanyakkan daripada kita mungkin tidak pernah menggunakan perisian keselamatan daripada Symantec. Ini disebabkan oleh beberapa faktor yang menyumbang secara langsung kepada tahap penggunaan Norton di kalangan kita.
Antara faktor penyumbang :
  1. Tahap penggunaan RAM tinggi. Ini tidak dapat dinafikan, semua perisian daripada Symantec memang menyumbang kepada penggunaan jumlah RAM (Random Access Memory) yang tinggi. 
  2. Komputer menjadi lembab. Hal ini akan terjadi apabila penggunaan RAM tinggi. Ia akan mengakibatkan pemprosessan komputer menjadi lambat, dan seterusnya meningkatkan kadar kemungkinan 'hang' yang akan berlaku.

Hal ini mungkin akan berlaku kepada sejumlah besar pengguna di seluruh dunia. Jika kadar RAM yang tidak mencukupi, ia akan menyusahkan pengguna untuk menggunakan perisian ini. Kepada pengguna yang mempunyai sejumlah besar saiz RAM, perisian ini mungkin dapat dipasang ke dalam sistem mereka, seperti saya.

Apa yang menarik mengenai perisian Norton Internet Security daripada Symantec ini? Mari kita lihat.

Antaramuka-grafik (GUI) yang menarik. 
 
  Tetingkap Performance.

Setting

Advanced setting

dan tetingkap Scan.

Secara keseluruhannya, Norton menyediakan antaramuka-grafik (GUI) yang amat menarik, di samping menyelitkan sedikit ciri-ciri yang terdapat di dalam Windows 8. GUI yang mudah digunakan, tidak akan meninggalkan pengguna di belakang.
Sekian.
0

Windows 8



Windows 8, adalah salah satu daripada keluarga Microsoft Windows dan merupakan keluaran terbaru Windows untuk penggemarnya. Windows 8 akan dilancarkan dengan rasminya dan akan diedarkan kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2012.
Terbaharu dalam Windows 8:
Berminat? Ingin mencubanya?
Jadi anda harus memuat turun Windows 8 Developer Preview daripada laman sesawang Microsoft Windows sekarang! Saiz fail yang anda akan muat turun adalah 2.8 GB dan sila pilih opsyen yang betul mengikut spesifikasi komputer anda. Kesabaran anda amat dihargai.
Muat turun fail anda di bawah sekarang!
Muat turun Windows 8 Developer Preview di sini.

#UPDATE : Windows telah membenarkan pengguna untuk memuat turun Windows 8 Release Preview. Sekiranya anda betul-betul berminat terhadap Windows 8, anda harus memuat turunnya dengan mengklik link di bawah.

Muat turun Windows 8 Release Preview di sini.
0

About Me

Foto Saya
Penulis Blog yang ingin mengetengahkan penggunaan bahasa Melayu secara meluas

Followers

Anda Orang Ke